Menurut kajian saintifik, buah kurma mengandungi banyak khasiat kesihatan. Sains moden juga mengiktiraf buah kurma sebagai makanan tambahan bagi gaya hidup sihat kerana ia mengandungi elemen asas untuk kecerdasan mental dan stamina.

Menyedari betapa tingginya khasiat buah kurma itu, maka tidak hairanlah Rasulullah s.a.w. sendiri menganggapnya sebagai makanan yang memulihkan tenaga.

Ini diperkuatkan dengan hadis Rasulullah yang menyebut, Rasulullah s.a.w. memulihkan tenaganya selepas berpuasa sehari dengan memakan buah kurma ketika berbuka puasa sebelum menunaikan solat Maghrib.

 

Bagi ibu hamil juga, ia memberi pelbagai kelebihan yang luar biasa.

Nak kongsi tiga khasiat kurma untuk ibu hamil;

 

#1. Membekalkan Tenaga – Kebanyakkan pakar-pakar kesihatan akan sahkan kurma sangat membantu membekal tenaga. Kandungan glukosanya mencapai 50-57% dan ia dapat mengelakkan ibu hamil daripada cepat letih.

 

#2. Mengurangkan risiko anemia – kandungan zat besi dalam kurma membantu mengekalkan kadar hemoglobin dalam badan.

 

#3. Menghalang sembelit – kandungan serat yang tinggi membantu mengurangkan risiko sembelit.

 

Cara Rasulullah memakan kurma:

Rasulullah s.a.w. mencampurkan kurma dengan roti, kadangkala baginda mencampurkan buah kurma segar dengan mentimun atau kurma dengan minyak ghee.

Baginda suka memakan kurma dengan pelbagai jenis bahan lain tetapi jenis kurma yang amat digemari baginda ialah kurma Ajwah.


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.