Asid folik memang sinonim dengan ibu hamil. Malah wanita yang merancang untuk hamil juga disarankan untuk mengambilnya sebagai persediaan bagi kehamilan yang sihat.

 

Apakah asid folik?

 

Asid folik ialah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam beberapa jenis makanan.

 

Berikut adalah 5 sebab utama mengapa setiap wanita disarankan agar mengambil pil asid folik ketika hamil;

 

  • Mengelakkan Kecacatan Tiub Saraf

 

Salah satu sebab utama pengambilan asid folik begitu ditekankan adalah untuk mengelakkan sebarang masalah kesihatan serius pada kandungan iaitu dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

 

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

  • Mengurangkan Risiko Sumbing

 

Selain masalah kecacatan tiub saraf, pengambilan asid folik juga penting bagi mengurangkan risiko terhadap sumbing (cleft lip / cleft palate) pada bayi yang dilahirkan.

 

  • Penting Untuk Perkembangan Bayi

 

Di samping itu, kajian juga menunjukkan asid folik dapat mengurangkan masalah kerosakan jantung, kelahiran pramatang dan menyokong keperluan sel-sel plasenta serta janin yang berkembang pesat.

 

  • Mencegah Anemia

 

Bukan saja penting untuk bayi, tetapi asid folik juga berperanan dalam menghasilkan sel darah merah, sekaligus mencegah masalah anemia semasa mengandung.

 

  • Mengurangkan Komplikasi Sepanjang Kehamilan Dan Kelahiran

 

Akhir sekali, pengambilan asid folik secukupnya dapat membantu ibu-ibu mengurangkan risiko terhadap komplikasi kehamilan dan kelahiran seperti keguguran, kurang berat dan pre-eclampsia.

 

Apakah sumber makanan yang mengandungi asid folik?

 

Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi ibu dan bayi dalam kandungan. Antara makanan tinggi asid folik termasuklah kekacang, bijirin serat tinggi, avokado, brokoli, buah-buahan sitrus dan sayuran berdaun hijau.

 

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah.

 

Yang penting, jangan sesekali sesuka hati tidak mengambil asid folik seperti yang disarankan. Ibu hamil boleh juga mendapatkan asid folik di dalam kandungan supplemen Prenatal @ Premamma daripada Ellsee.


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.