Saat kehamilan adalah saat yang paling menyeronokkan dan banyak kenangan manis, tetapi ada juga yang memberi kesan kepada para ibu, iaitu kesan rekahan di kawasan perut, peha dan kawasan yang sensitif. Ramai ibu di luar sana mengeluh dengan kesan rekahan yang dipanggil stretchmark susah nak hilang dan membuat ibu rasa tidak yakin dan malu dengan suami.

Sekiranya sepanjang kehamilan kita tidak menjaga dengan baik kulit di kawasan yang bakal meregang, seperti bahagian perut dan peha, maka selepas bersalin nanti akan timbullah rekahan yang tidak diingini.

Memandangkan stretchmark ini termasuk dalam kategori parut, maka ia tidak mudah untuk dihapuskan dalam masa yang singkat. Jadi adalah lebih baik sekiranya kita dapat mengelakkannya.

 

Cara mengelakkan timbulnya Stretch Mark:

1. Banyakkan minum air masak.

Air masak dapat melembabkan kulit dan mengelakkan regangan pada kulit.

 

2. Banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi Vitamin C

Badan kita menggunakan Vitamin C untuk menghasilkan kolagen dan cartilage. Vitamin C juga sangat efektif dalam mengurangkan kerosakan kulit akibat radikal bebas.

 

3. Rawatan menggunakan minyak.

Antara minyak yang sangat bagus untuk mengelakkan berlakunya stretchmark ni adalah minyak Zaitun, minyak Vitamin E, Essential Oil, dan castor oil. Minyak Vitamin E boleh membantu memperbaiki elastisiti kulit dan seterusnya mengelakkan berlakunya regangan pada kulit. Kebanyakan minyak ini berkesan kerana ia mempunyai sifat antioksidan yang tinggi yang dapat mengelakkan kerosakan kulit yang disebabkan oleh radikal bebas. Minyak kelapa juga sangat mujarab kerana ia mengandungi asid lemak tepu yang yang tidak mudah teroksida dan memelihara kulit daripada serangan radikal bebas.

 

4. Pengambilan gelatin

Gelatin yang dimaksudkan adalah kolagen dari air renehan tulang ayam atau lembu/kambing. Air renehan ini boleh dibuat sup, untuk masak sayur ataupun nasi. Pembentukan kolagen adalah sangat penting untuk mengekalkan elastisiti kulit dan seterusnya mengelakkan berlakunya regangan pada kulit.

 

5. Selalu bersenam untuk meningkatkan elastisiti/ daya regangan kulit kita.

Ini akan merangsang dan menegangkan dermis pada kulit (bahagian tengah kulit yang mengandungi collagen dan elastin). Amalkan senaman ibu hamil yang bukan sahaja untuk kulit malah boleh memudahkan proses kelahiran nanti.

StretchMark Double Action Lotion sangat membantu dalam mengurangkan rekahan di perut, celah peha dan tumit. Ini kerana, kandungan dalam StretchMark Lotion mengandungi Argan oil, virgin coconut oil dan olive oil yang membantu melembabkan dan melembutkan kulit. Penggunaan StretchMark Lotion sangat mudah dengan sapuan dan sedikit urutan pada bahagian yang terdapat rekahan.

 

6. Pengambilan Zinc

Kegunaan Zinc adalah menambahkan hemoglobin atau sel darah merah, artritis Rheumatoid, Talasemia dan merawat keguguran rambut. Zinc juga digunakan untuk kulit untuk merawat jerawat, penuaan kulit, jangkitan Herpes Simplex dan untuk mempercepatkan penyembuhan luka. Kekurangan zinc adalah antara penyebab kulit mengalami regangan. Zinc juga digunakan dalam penghasilan collagen dan ia juga bersifat antioksidan. Zinc boleh didapati dari ayam, kambing, lembu dan juga kekacang.

 

7. Shea butter atau cocoa butter

Sentiasa melembabkan kawasan yang ada tendensi untuk meregang, contohnya sapukan losyen pada perut dan peha sekerap yang mungkin setiap hari. Gunakan produk yang ada shea butter ataupun cocoa butter sebagai sumber utama. Dua bahan ini merangsang pembentukan kulit baru agar stretch mark dapat dielakkan.


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.