Pertama kali tengok baby kita selesema mesti kita susah hati sangat kan. Rasa sedih pun ada bila tengok hidung kecik tu ada je mukus dok meleleh. Paling tak tahan bila ia menganggu proses menyusu. Masa ni la dia mula meragam merengek. Rasa macam nak ambik selesema tu letak kat hidung kita. Betul tak? Macam tu la kasih ibu kan.

 

Selalunya bayi akan dijangkiti selesema bila ada hubungan dengan orang lain yang sedang selesema. Virus boleh disebarkan melalui udara atau sentuhan.

 

 

Seeloknya basuh tangan dulu sebelum pegang bayi tapi ini di luar kawalan kita bila ada tetamu datang melawat bayi terutamanya kanak-kanak.

 

Ibubapa yang peka sepatutnya akan menghalang anak yang selesema dari mendekati bayi. Cara yang terbaik adalah elakkan dari melawat bayi sekiranya ada anak-anak kita yang selesema.

 

Bayi yang baru lahir lebih senang dijangkiti selesema kerana mereka dilahirkan dengan sistem imuniti yang hanya berfungsi sebanyak 60%.

 

Sebenarnya selesema tu adalah perkara biasa dalam proses pembesaran. Pakar menganggarkan bayi akan mengalami lapan hingga sepuluh kali selesema sepanjang 2 tahun pertama kelahirannya.

 

Bayi yang selalu ada hubungan atau tinggal dengan kanak-kanak yang lebih tua pula akan menghidap selesema antara enam hingga sepuluh kali dalam tahun pertama kelahirannya.

 

Jadi ibu tak payah risau sangat. Perkara pertama yang ibu perlu buat ialah bertenang.  Hmmm….. boleh ke?


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.