Bagi ibu hamil yang pertama kali mungkin tak biasa dengan terma Hb ni. Bagi ibu ibu yang sedang atau pernah hamil, mesti dah biasa sangat dengar setiap kali check up di klinik.

Hb atau haemoglobin ini merupakan agen pengangkut oksigen yang ada pada sel darah merah. Jadi, kalau kurangnya darah merah atau kita sebut anemia, maka kurang juga lah Hb ibu tu. Bayangkan janin yang dikandung tak mendapat oksigen yang secukupnya dari ibu. Seriau kan nak bayangkan macam mana? Untuk mengatasinya, ibu perlu tahu cara menaikkan hb dengan berkesan.

 

KEMUNGKINAN YANG BERLAKU KALAU HB RENDAH?

 

> Kemungkinan tumpah darah semasa proses melahirkan.

> Badan lemah tak ada tenaga untuk meneran.

> Bayi lahir pramatang

> Gangguan pertumbuhan janin dalam rahim

> Kematian bayi dalam rahim

> Mudah terkena infeksi yang boleh sebabkan ibu alami risiko kematian.

 

10 MAKANAN YANG MEMBANTU MENAIKKAN HB IBU HAMIL

 

Ibu mesti amalkan pemakanan yang menyokong dan membantu menaikkan Hb supaya bacaan HB sentiasa di tahap optimum.

 

  • BROKOLI

Brokoli sangat bagus dimakan ketika hamil. Ia bukan saja mengandungi vitamin, zat besi dan folat malah membantu mengawal berat badan ibu.

 

  • PISANG

Pengambilan 2 biji pisang setiap hari adalah baik untuk ibu hamil. Kandungan folat di dalam pisang boleh membantu dalam pertumbuhan janin dan penghasilan sel sel baru.

Ibu boleh cuba buat susu pisang. Untuk dapatkan segelas susu pisang, ambil separuh dari sebiji pisang, kisar bersama susu segar. Dah siap. Kalau nak manis sikit boleh masukkan sedikit gula.

 

  • KEKACANG

Kekacang adalah salah satu kumpulan makanan pencegah anemia. Makanlah kacang sebagai snek di antara waktu makan utama. Makan jangan berlebihan tau!

 

  • HATI AYAM

Hati ayam dipercayai dapat  menambah kepekatan darah. Walau bagaimanapun, organ dalaman macam hati ayam ni tak berapa elok dimakan secara kerap. Cukuplah 2 minggu sekali atau sebulan sekali.

 

  • DAGING MERAH

Daging merah mengandungi kadar zat besi yang tinggi untuk mengelak anemia. Untuk pengetahuan ibu, zat besi dari sumber haiwan lebih mudah diserap berbanding sumber lain.

 

  • KERANG

Kerang terkenal sebagai makanan penambah darah. Kalau suka boleh makan hari-hari dengan pelbagai resepi masakan. Boleh juga diselang-selikan dengan adik beradik kerang seperti lala.

 

  • TELUR

Satu lagi makanan yang biasa kita makan yang dapat menaikkan Hb adalah telur. Nutrien dan zat besi adalah tinggi dalam kuning telur bukan putih telur ya.

 

  • BAYAM MERAH

Untuk menaikkan Hb, bayam merah adalah lebih baik daripada bayam hijau. Ia mengandungi zat besi dan folat untuk perkembangan saraf tunjang bayi. Tapi kalau susah nak dapatkan bayam merah, gantikan saja dengan bayam hijau.

 

  • BUAH DELIMA

Buah delima sangat elok untuk dimakan oleh ibu hamil. Khasiat buah delima dalam mengelakkan anemia memang sudah lama diyakini dan diamalkan sebagai petua.

 

  • KURMA

Khasiat kurma memang tak boleh dinafikan.  Ia membantu menghasilkan darah merah, membekalkan serat dan tenaga untuk ibu hamil. Amalkanlah makan kurma sebagai snek setiap hari ye.

Di samping makanan makanan tadi, ibu boleh amalkan supplemen prenatal untuk menaikkan Hb. Perlu dijarakkan pengambilan dengan ubat yang diberikan oleh klinik sekurang-kurangnya 2 jam.

Dinasihatkan ibu tak mengambil supplemen bersama susu dan minuman berkafein seperti teh, kppi dan air berkarbonat sebab minuman-minuman ini mengganggu penyerapan zat besi. Semoga ibu dan bayi yang bakal lahir sentiasa sihat dan selamat. 

 

 


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.