Sembelit berlaku bila pergerakan usus menjadi perlahan dan menyebabkan seseorang kurang ke tandas. Anda sembelit bila tiada rasa nak ke tandas walaupun mengalami ketidakselesaan pada abdomen. Anda sembelit apabila najis keras, sukar membuang atau terpaksa meneran untuk membuang.

 

sumber: hmetro.com.my

 

PUNCA TERJADINYA SEMBELIT DAN CARA NAK HILANGKANNYA

 

Sembelit ni memang bukan masalah biasa, bahkan sudah menjadi masalah common di kalangan rakyat Malaysia. Baik di kalangan kanak-kanak sampailah ke peringkat dewasa.

Jom tengok macam mana sembelit boleh terjadi.

 

9 PUNCA KENAPA SEMBELIT TERJADI

 

Antara puncanya ialah :

  1. TIDAK MEMBUANG AIR BESAR DENGAN SEMPURNA

Ada di antara kita ada satu penyakit Malas. Malas nak menunggu semua najis keluar. Terlalu gopoh untuk keluar dari tandas sedangkan proses buang air besar belum habis sepenuhnya. Selalu terjadi kepada anak-anak terutamanya sebab sibuk nak main atau takut rancangan TV terlepas.

 

  1. TAHI YANG KERAS UMPAMA BATU

Apabila tahi terlalu keras, susah untuk dikeluarkan dan boleh menyebabkan luka pada usus dan rectum. Kadang kala anda boleh melihat kesan darah selepas najis keluar dan rasa pedih di bahagian dubur.

 

  1. TIDAK SEGERA KE TANDAS BILA INGIN BERAK

Ada jugak di kalangan kita ni suka menahan daripada membuang air besar  disebabkan pelbagai alasan. Antaranya ialah sibuk di tempat bekerja, tidak mahu ketinggalan aktiviti menarik atau rancangan tv dan juga keadaan tandas yang tidak selesa dan mereka lebih selesa untuk pulang ke rumah dan melepaskan hajat yang tertangguh.

 

  1. TERLALU BANYAK ANGIN DALAM BADAN

Apabila terlalu banyak angin dalam badan, kita akan mengalami masalah penghadaman dan menyebabkan proses usus nak hadam makanan tu terganggu. Boleh atasi masalah ini dengan elakkan makanan yang sebabkan angin, pergi berurut dengan yang mahir atau memakai lotion atau minum sesuatu yang boleh keluarkan angin dalam badan.

 

  1. BADAN KURANG AIR

Faktor paling utama bila badan anda kurang air, makin menyukarkan proses penghadaman berlaku dalam perut. Badan manusia terdiri daripada 80-90% cecair. Sembelit antara masalah utama yang akan timbul apabila badan kita kurang air.

 

  1. TEKANAN

Jangan terkejut jika kita terlalu tertekan dan stress boleh menyebabkan sembelit.

 

  1. PENGAMBILAN ZAT BESI

Pesakit yang kekurangan sel darah merah biasanya akan amalkan pil zat besi. Kebanyakannya ibu hamil yang mengalami kurang darah merah ketika mengandung, mereka akan diberikan pil zat besi oleh doctor. Pengambilan pil zat besi yang berpanjangan boleh menyebabkan masalah sembelit.

 

  1. PENGAMBILAN UBAT LAWAS

Orang yang selalu mengambil ubat pelawas untuk membuang air besar dalam jangka masa panjang akan melemahkan otot usus. Disebabkan itu, mereka akan mengalami sembelit jika ubat ini dihentikan.

 

  1. FAKTOR UMUR

Biasanya warga tua mengalami masalah ini akibat fungsi organ yang kurang efisyen, kurang bersenam, atau kurang pergerakan badan.

 

CARA MENGATASI MASALAH KERAP SEMBELIT

 

  1. AMBIL SERAT

Banyakkan pengambilan makanan yang mempunyai serat seperti brokoli, buah tin, kurma.

 

  1. MINUM BANYAK AIR

Badan kita memang banyak cecair. Dan kita perlu pastikan kandungan cecair dalam badan sentiasa terjaga. Cecair keluar sangat banyak setiap hari melalui pelbagai proses seperti berpeluh, buang air kecil dan lain-lain. Untuk setiap 25kg berat, anda perlu minum 1LITER air.

 

  1. AMALKAN MAKAN HERBA DAN MAKANAN BAGUS UNTUK PENGHADAMAN

Boleh juga amalkan pemakanan herba dan rempah yang membantu untuk penghadaman seperti Zafaran, Manjakani, Temulawak dan sebagainya. Jangan tertukar temulawak dengan kunyit ya!

 

sumber: danperbedaaan.blogspot.com

 

  1. CUKA EPAL

Sebaik bangun tidur, minum satu sudu cuka epal. Ia meningkatkan penghasilan asid dalam perut secara tak langsung membantu penghadaman dan perkumuhan

 

  1. MAKAN LEMAK BERKHASIAT

Tak semua lemak itu merbahaya dan tak semua lemak itu memudaratkan. Untuk atasi sembelit, boleh amalkan makan lemak yang berkhasiat seperti minyak zaitun, minyak macadamia, avocado, ikan sardin, ikan kembung, ikan kurau, butter dan kekacang.

 

  1. PENGAMBILAN PROTEIN BIAR BERPADA-PADA

Elakkan untuk mengambil protein dengan berlebihan kerana protein sifatnya memerlukan masa yang lama untuk dihadam. Biasanya kita digalakkan mengambil protein dengan banyak supaya kita akan rasa kenyang dengan lama. Tapia was! Jika anda mengambil protein dengan banyak dan masih makan secara kerap akan mengakibatkan sembelit terjadi.

 

  1. SENAMAN PERNAFASAN

Lakukan senaman pernafasan setiap hari. Pernafasan yang sekata membantu menghilangkan stress dan melonggarkan saraf yang tersumbat.

 

  1. LAKUKAN PERGERAKAN FIZIKAL DENGAN AKTIF

Kita memang digalakkan untuk sentiasa bersenam untuk kekal sihat. Bersenam boleh meningkatkan metabolisma, meningkatkan simulasi kontraksi usus dan melawaskan perkumuhan.

 

  1. SENAMAN MENCANGKUNG

Lakukan senaman mencangkung. Ia memberi tekanan pada perut dan usus, sekali gus memberi ‘gesa’ untuk buang air besar.

 

Bagi ibu yang mengalami sembelit terutamanya selepas bersalin, anda boleh amalkan suplemen Postmamma kerana bahannya antara gabungan herba dan makanan yang tinggi serat yang boleh bantu anda atasi masalah sembelit dengan mudah.

 

Nak buang angin dalam badan? Boleh sapu care lotion wangi bau ferragamo dari Itali ni tau!

 


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.