Rupanya, ramai yang tidak tahu bahawa ibu hamil perlu menyapu losyen untuk mengelakkan stretch mark seawal kehamilan. Kalau dah kulit perut pecah-pecah dan lepas bersalin baru nak sapu, ermmm… bukan tidak boleh, tetapi kesannya agak lambat. Kulit di perut akan menegang dan kering apabila kandungan makin membesar. Ini menyebabkan kulit akan terasa gatal-gatal dan tidak selesa.

Stretch mark atau perut berakar ini adalah garis-garis yang mempunyai warna merah yang wujud di kulit kita. Ia terjadi apabila kulit kita meregang tetapi kulit kita kurang elastik dan tidak mampu mengembalikan kulit itu ke kedudukan asal. Kesannya, kulit akan jadi pecah-pecah dan garis-garis yang kita panggil stretch mark akan mulai kelihatan. Stretch mark juga boleh terjadi disebabkan oleh turun naik berat badan yang keterlaluan, atau kulit ditarik dengan teruk. Ia mudah muncul tempat-tempat di mana lemak disimpan seperti perut, payudara, lengan, ketiak, paha dan pinggul.

 

sumber: http://www.pregnancyhealth.net/wp-content/uploads/2015/11/remove-stretch-marks-after-pregnancy.jpg

5 Tips Cara Hilangkan Stretchmark atau selulit

 

  • Cuka Epal

    Cuka epal dapat menghilangkan kesan selulit secara alami tanpa kesan sampingan. Caranya mudah, dengan mencampurkan 2 sudu makan cuka epal bersama 3 sudu makan air. Setelah itu sapukan cuka epal ini menggunakan kapas di bahagian perut sehingga rata selama kurang lebih 30 minit, dan bilas ketika mandi. 

 

  • Lidah Buaya

    Kandungan vitamin E yang tinggi pada lidah buaya dapat membantu memudarkan stretchmark di bahagian perut ataupun bahagian tubuh yang lain. Rawatan cara alami ini boleh dilakukan dengan mudah di rumah.

    Caranya kupas lidah buaya dan dan ambil isinya.. Selepas itu  gosokkan isi lidah buaya itu di bahagian perut atau bahagian tubuh yang  memiliki banyak stretchmark. Biarkan selama 30 minit sebelum dicuci dengan air suam.

 

  • Hampas Kopi

    Siapa sangka hampas kopi dapat digunakan sebagai rawatan kecantikan setelah melahirkan, dimana ianya berkhasiat untuk menghilangkan selulit pada tubuh,  Tak perlu risau hanya ambil hampas kopi yang telah digunakan tanpa gula, kemudian sapukan di seluruh bahagian perut atau bahagian tubuh lain secara merata. Biarkan selama 30 minit sebelum dicuci dengan air suam. kemudian bilas sehingga bersih. 
sumber: keluarga.my

 

  • Avocado

Avocado mempunyai banyak nutrisi seperti vitamin E, vitamin K, zat besi dan lain-lain yang membantu merawat kulit dan kuku kering. Caranya hancurkan seperempat isi avocado dalam sebuah mangkuk. Masukkan putih telur dan 2 sendok makan oatmeal. Tambahkan 1 sendok teh jus lemon. Kacau rata. Kemudian gosokkan pada permukaan kawasan stretchmark. Setelah 20 minit bilas dengan air suam.

 

 Image result for avocado

sumber: pritikin.com

 

 

  1. Buah kurma


Mengandungi vitamin A, C dan E yang baik untuk memulihkan kulit. Selain itu, kurma juga digunakan sebagai masker. Caranya, sediakan 6 biji kurma yang telah dibuang biji. dikisar sehingga halus, dan kemudiannya sapu pada perut. Setelah 20 minit bilas dengan air suam.

 

sumber: starberita.com

 

Ada pelbagai lagi cara untuk memudarkan, seterusnya menghilangkan stretchmark  dari kulit anda dan menjadikan kulit mulus kembali. Di antaranya adalah kaedah perawatan moden seperti penggunaan Stretch Marks Double Action Lotion yang telah dirumus khas dengan Vitamin E, Minyak Kelapa Dara, Minyak Argan dan Minyak Zaitun dan ditambah lagi dengan bahan-bahan seperti :

 

  1. Olive Oil

Olive oil ataupun Minyak zaitun mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang bermanfaat untuk ibu hamil, terutamanya yang mengalami masalah kulit kering atau stretch mark. Untuk mengurangkan regangan dan kegatalan, kandungan vitamin E yang terdapat di dalamnya sangat baik untuk mengekalkan kelembapan secara semulajadi.

 

  1. Aqua & Menthol

Memberi kelembapan & kesegaran pada kulit. Rasa gatal yang membuatkan terjadinya ketidakselesaan pada kulit sehingga harus menggaru serta meninggalkan bekas hitam pada kulit membuatkan ia tidak bagus untuk dipandang, kandungan yang terdapat pada menthol mampu mengawal rasa gatal tersebut sehingga rasa gatal dapat berkurang dan dapat membunuh bakteria  jahat pada kulit yang menimbulkan rasa gatal tersebut.

 

  1. Apple Stem Cell Extract

Menggalakkan pertumbuhan sel kulit dan membaiki epidermis iaitu lapisan luar kulit selain membentuk pigmen kulit. Selain daripada itu ianya juga membantu menghaluskan dan mencerahkan kulit gelap dicelah-celah peha, lutut dan bahagian leher.

 

 

Elsee Stretch Mark Double Action Lotion

 

 

Kelebihan StretchMark Double Action Lotion ini bukan sahaja bertumpu kepada masalah selulit tetapi ianya juga berkesan bagi merawat masalah lain seperti;

 

  • Berkesan bagi memulihkan rekahan ditapak kaki
  • Berkesan dalam membantu memperbaiki sel-sel kulit mati
  • Mencerahkan kulit-kulit gelap dicelah peha, lutut dan juga leher.
  • Melegakan gatal-gatal badan akibat campak @ Chockenpox
  • Memudarkan parut jerawat
  • Membantu menghilangkan ruam pada bayi

 

Apa yang lebih menarik losyen ini tidak melekit dan berminyak serta berbau wangi kerana diinspirasikan dengan wangian yang tahan lama daripada Gucci. Apabila disapu pada kulit ianya cepat meresap, kulit menjadi lebih lembut, terasa sejuk dan ianya juga bebas Paraben serta telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Memandangkan stretchmark ini termasuk dalam kategori parut, maka ia tidak mudah untuk dihapuskan dalam masa yang singkat. Jadi adalah lebih baik sekiranya kita dapat mengelakkannya ataupun konsisten dalam mengamalkan sesuatu kaedah perawatan untuk membantu kulit kembali sihat dan cantik dari sejak awal kehamilan lagi.


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.