Saat ibu tahu diri disahkan hamil memang sesuatu yang mengujakan. Perasaan kasih sayang kepada zuriat yang menghuni rahim adalah suatu perasaan yang sukar diungkapkan. Pada awal trimester pelbagai perubahan pada diri ibu, rasa tidak selesa perut yang boleh menyebabkan loya dan alahan.

 

FAKTOR PENYEBAB LOYA KETIKA HAMIL

 

Berikut merupakan faktor² yang membuatkan anda cenderung mengalami muntah dan loya semasa hamil:

  1. Perubahan Hormon ketika hamil

Antara faktor loya, mabuk ketika hamil adalah disebabkan peningkatan hormon Estrogen yang mendadak awal kehamilan juga hormon HCG – Human chorionic gonadotropin (hormon yang dihasilkan oleh placenta). Level HCG makin tinggi dengan kehamilan kembar. Itulah sebabnya juga jika mengalami loya muntah ketika mengambil pil perancang.  Ini bergantung kepada bagaimana badan bertindak dengan estrogen.

  1. Perubahan deria bau yang sensitif

Masa hamil deria bau menjadi sangat sensitif. Kalau dulu rileks boleh bau, sekarang menumis bawang pun muntah. Bau badan suami pun meloyakan. Aduh.

  1. Ada masalah mabuk laut / mabuk udara
  2. Tekanan

Ada juga yang mengatakan loya, muntah, mual disebabkan tekanan yang dihadapi oleh ibu. Ya lah, kalau asyik muntah mana tak stress kan!  Hehe

5. Kekurangan vitamin B6 dalam tubuh.

 

10 TIPS KURANGKAN LOYA KETIKA HAMIL

 

  1. Makan dengan kerap tapi kuantiti yang sedikit.

Ini untuk mengelakkan perut kosong dan terasa mual atau loya. Sediakan bekal makanan berkhasiat segera seperti sandwich atau roti. Ia juga memberi tenaga.  Elakkan makan terlalu banyak atau jangan tunggu sehingga terlalu lapar.

  1. Letak makanan di tepi katil

Antara punca loya adalah kerana perut kita kosong semasa tidur malam dan menyebabkan asid perut banyak. Sediakan buah, biskut atau makanan pengalas perut di tepi katil dan makanlah sebelum bangun mengurus diri.

  1. Makan makanan tinggi protein dan B6 untuk elak loya ketika hamil.

Amalkan makanan tinggi protein dan mengandungi vitamin B6 terkandung dalam makanan seperti pisang, kekacang, kacang hijau, lobak merak, bunga kobis, kentang, ikan dan daging.  Elak makanan yang pedas, berminyak dan berasid.

  1. Banyakkan rehat.

Letih atau rasa tertekan mungkin boleh menyebabkan rasa loya dan mual. Pastikan dapat rehat yang cukup. Tapi jangan terlebih tidur pula ya.

  1. Elak makan jeruk & asam

Ramai yang suka makan benda masam untuk elakkan loya tapi jangan berlebihan. Terlalu banyak makanan masam akan menyebabkan masalah gastrik.

  1. Ambil halia

Halia mempunyai manfaat untuk memberikan kelegaan pada alahan mengandung. Makan halia berlebihan boleh menyebabkan gastrik. Ibu boleh cuba minum teh halia. Halia dihiris tipis dan masukkan ke dalam segelas air panas. Campur madu untuk rasa lebih nyaman.

  1. Banyakkan pengambilan buah-buahan

Buah buahan banyak khasiatnya seperti pisang, epal dan pear. Cuma pastikan kita pilih buah yang tak berapa tinggi gula seperti mangga dan durian.

 

Ibu-ibu hendaklah menjaga diet yang sihat. Yang penting jaga kesihatan diri sendiri dan baby dalam kandungan. Kalau alahan dah teruk sangat silalah dapatkan nasihat doktor ya. Semoga bermanfaat.


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.